Apa itu Google Buzz?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya yakin ramai yang tidak tahu apa itu Google Buzz. Google Buzz baru sahaja dilancarkan pada pagi ini (11.2.2010). Pada mulanya saya juga agak janggal dengan aplikasi Google Buzz ini tetapi setelah di selidik secara singkat. Ada beberapa perkara best tentang aplikasi ini.

Apa itu google Buzz?

Satu aplikasi yang boleh digunakan melalui PC atau mobile, Google Buzz adalah satu lagi inovasi dari Google selepas google wave, google chrome dan lain-lain lagi. Google Buzz adalah satu aplikasiAplikasi Google Buzz boleh dikatakan mirip dengan Twitter dan Facebook malah mempunyai kelebihan dari kedua-dua social networking ini jadi anda tidak perlu heran jika Google ingin menyaingi mereka yang sudah cukup terkenal.

Inovasi baru dari Google ini dengan meletakkan Google Buzz di Gmail adalah sangat tepat kerana kita tahu pengguna Gmail dan Blogger sangat besar jadi ini adalah kesempatan baik yang dapat membuat Google menyaingi semua saingan terdekat seperti Twitter dan Buzz Yahoo akan semakin mudah.

5 ciri utama Google Buzz meliputi:

1) Automatik menambah rakan-rakan anda yang lain dengan menggunakan fungsi Contact (teman-teman yang ditambah secara automatik anda telah dihantar melalui email di Gmail) Menggunakan fungsi Search Profile, anda boleh menambah rakan-rakan anda yang lain yang nama atau emel mereka.

2) Melalui Google Buzz anda boleh berkongsi apa aktiviti-aktiviti anda dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

3) Anda juga boleh memberi komen kepada aktiviti kawan-kawan anda yang lain. (sama seperti facebook terus)

4) Anda boleh berkongsi gambar dan meletakkan link URL blog anda malah video. Pada masa yang sama aktiviti anda akan dipaparkan kepada rakan-rakan anda yang lain.

5) Aktiviti daripada Twitter dan Youtube juga di update secara automatic ke Google Buzz.

Kelebihan-kelebihan lain Google Buzz.

1) Paparan yang ringkas dan sederhana tapi cukup menarik.

2) Boleh melihat semua update mengenai status kita dapat melalui Buzz Google Buzz kita.

3) Kita tidak perlu bersusah payah mencari Followers atau Following kerana secara automatik anda boleh Follow dan Following Mengikuti dan Di ikuti jika anda ingin merubahnya anda dapat mengeditnya.

4) Sekirannya anda seorang IM, pemasaran melalui Google Buzz mungkin berkesan seperti mana melalui facebook, myspace dan twitter.

5) Boleh menggunakan Google Talk(seperti aplikasi facebook yang boleh chat online dengan kawan yang lain)

6) Jika anda mempunyai pembaca dari FeedBurner maka secara aytomatik mereka dapat membaca update Status anda dan ini sangat baik untuk kaedah internet marketing .

Apa nasib facebook akan datang?

Google Buzz pada pendapat saya boleh menyaingi facebook dalam masa terdekat ini walaupun facebook masih mempunyai pengguna yang ramai.

Satu lagi kelebihan yang saya paling suka mengenai Google Buzz ini kerana Google Buzz ini berada dalam Gmail maka mudah bagi saya untuk menguruskan masa dan merancang diri sebagai seorang pelajar dan juga IM. Google telah mempunyai satu kelebihan dibanding Facebook. Saya mengakui bahawa Google Buzz baru cukup menarik.

Sementara saya tidak akan meninggalkan Facebook dalam waktu terdekat, sejumlah besar kenalan saya menggunakan Gmail bermakna tiada masalah untuk saya berhubung dengan mereka walaupun tidak menggunakan facebook (saya sudah mempunyai majoriti kenalan saya yang berdaftar dengan Google Buzz).

Meskipun tidak semua kenalan saya menggunakan Gmail, sejumlah besar daripada mereka sudah menggunakan perkhidmatan ini. Memandangkan bahawa aplikasi tambahan Google (calender,vacation responder dll) sudah lebih bagus daripada Facebook, ini adalah saingan yang hebat kepada Facebook.

Sementara saya melihat tiada penurunan traffic ke Facebook dalam waktu dekat, Facebook perlu mengambil tindakan drastik bagi meningkatkan perkhidmatan mereka sekirannya mereka akan bersaing dengan Google Buzz ini.

Apa pendapat rakan-rakan? Sila tinggalkan komen anda di bawah

  • Share/Bookmark

Comments (2)

HeruinbizNo Gravatar February 13th, 2010 at 3:51 AM    

Jadi bingung milih!

[Reply]

nik nur qamarinaNo Gravatar February 16th, 2010 at 9:48 AM    

sangat bagus..tq for the information

[Reply]

Leave a reply

Name *

Mail *

Website