7 Tip Mencari Idea Untuk Menulis Artikel?

Salam blogger dan salam 1 blogging,
Pada artikel kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda bagaimana nak mencari idea untuk menulis artikel di blog anda. Tentu sukarkan sekiranya pertama kali anda menulis post pertama di blog anda. Artikel pula bukan sebarang artikel yang boleh ditulis tanpa meneliti dua perkara ini:
1. Artikel bermanfaat kepada pembaca
2. Artikel yang akan kedudukan yang tinggi dalam enjin carian
Antara tips-tips untuk mendapatkan idea untuk menulis artikel
1. Meluaskan pembacaan anda
Anda boleh membaca isu semasa kebiasaannya akan mendapat perhatian dan dijadikan isu hangat dalam akhbar tempatan seperti Metro dan Berita Harian. Ambil cerita hangat ini dan di olah mengikut pandangan anda sendiri. Secara tidak langsung artikel anda mendapat tempat teratas di carian enjin.
2. Perkara yang anda pelajari
Setiap hari anda akan belajar sesuatu yang baru. Tidak kiralah secara formal atau tidak formal. Anda boleh kongsikan ilmu dan pengalaman ini dalam artikel anda nanti supaya para pembaca anda mengetahui perkara yang berlaku kepada anda. Jika artikel bermanfaat pembaca anda tentu akan menyukainya..
3. Blog walking (jalan-jalan di blog orang lain)
Anda boleh lawati blog-blog orang lain sambil membaca artikel pada blog-blog tersebut. Sekiranya artikel tersebut bermanfaat dan mempunyai kaitan dengan blog anda. Anda boleh copy dan paste di blog anda TETAPI anda perlu kreditkan link ke blog asal. Caranya letakkan link blog tersebut dalam post anda. Jangan jadi plagiat pula dan mendakwa artikel tersebut hasil tulisan anda.
4. Forum walking (jalan-jalan di forum-forum)
Banyak forum-forum yang boleh anda layari seperti Wangcyber.com dan Carigold.com. Di tempat-tempat seperti ini anda akan menemui pelbagai artikel menarik dan pendapat-pendapat yang diberikan oleh ahli-ahli forum tersebut. Sebenarnya anda boleh copy dan paste artikel tersebut dan edit dengan pendapat-pendapat yang diberikan oleh ahli forum tersebut. Baru la dapat unik artikelkan? Baru boleh claim anda punya hasil tulisan.
5. Menyelesaikan masalah orang lain
Orang yang menggunakan internet selalu orang akan mencari jawapan bagi masalah yang mereka hadapi contohnya mengenai cara membuat blog, cara membuat email dan lain-lain lagi. Sekiranya anda mempunyai kepakaran tersebut anda boleh menulis artikel di blog anda. Mesti ada yang baca punyalah.
6. Passion anda
Apa passion anda? Dalam bahasa Melayu, minat lah. Saya yakin anda mempunyai minat sendiri. Jadi, anda boleh menggunakan minat anda dalam menulis artikel. Ceritakan kenapa anda minat sangat terhadap perkara tersebut. Apa kelebihan perkara tersebut sehingga anda minat sangat membuat perkara tersebut.
7. Majlis ilmu
Anda pernah menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, seminar dan lain-lain lagi? Bagi saya, ini peluang yang baik untuk mengingat kembali apa yang saya dapat dari majlis ilmu ini dan kongsikan kepada para pembaca blog saya dan ia sungguh berkesan kepada diri saya kerana untuk menulis artikel yang seperti ini kita memerlukan pemahaman yang tinggi. Bila faham anda pun akan terkesan
Apa-apa sahaja idea yang muncul, jangan berlengah lagi. Tulis sahaja di blog anda. Sikit demi sedikit anda akan nampak betapa berharganya ilmu tersebut kepada anda dan para pembaca anda.
Other articles you might like;
















Comments
No Comments
Leave a reply