Siapa Saya?
Nama pemilik blog ini ialah Wan Mohamad Faiz Bin Wan Shafie dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Penulis telah dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada tanggal 10 Januari 1991. Pada usia baru mencecah 19 tahun ini, hobi berblogging adalah pilihan utama penulis pada waktu lapang dan sekarang berhasrat untuk menyebarkan ilmu tentang berblogging kepada ‘orang baru’ melalui blog ini.
Penulis mempunyai sebuah keluarga yang ceria dan gembira pada setiap masa. Ahli keluarga penulis terdiri daripada Abah, Ummi, dua orang abang, tiga orang kakak, dan seorang adik lelaki.
Sedikit latar belakang pendidikan penulis. Penulis pernah menuntut di MRSM Pasir Tumboh (2004-2006) setelah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Kecemerlangan dari PMR pula membawa beliau menuntut di MRSM Kuala Terengganu. Sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan, menuntut dalam bidang pertanian di Universiti Putra Malaysia adalah pilihan beliau dan sekarang sedang membuat Asasi Sains Pertanian.
Pada masa yang sama, penulis juga seorang Internet Marketer secara separuh masa. Antara produk beliau adalah http://tutorialnewbie.com dan http://rahsiafacebook.my. Minat penulis terhadap perniagaan internet bermula pada awal April 2009. Penulis membuat keputusan untuk berkecimpung dalam bidang ini setelah membeli dan menelaah sebuah produk perniagaan internet berkenaan Adsense yang dihasilkan oleh seorang usahawan tempatan.
Selepas itu, penulis terus berusaha untuk mendalami lagi bidang ini dengan membeli produk-produk digital lain yang berada di pasaran sama ada dikeluarkan oleh usahawan tempatan atau usahawan antarabangsa untuk menimba ilmu. Sedikit demi sedikit dengan usaha yang berterusan penulis maka banyak kejayaan kecil dan besar dicapai melalui ilmu ini.
Kebiasaannya, penulis akan berada di Forum WangCyber (WC) dan Carigold (CG) untuk menimba ilmu berkaitan perniagaan internet. Di WC dan CG, penulis menggunakan nama Faiz Shafie untuk berinteraksi dengan ahli-ahli yang lain.
Melalui ilmu yang ditimba di sana, penulis mendapat ilham untuk mencipta blog Bengkel Blog Newbie ini. Seterusnya, penulis bercita-cita untuk menjadi seorang yang membantu orang baru pula mengenai dunia perniagaan internet dan juga berblogging ini.
Oleh itu, penulis berharap supaya para pembaca blog ini dapat menjadikan blog ini sebagai rujukan sebelum mendapatkan perkhidmatan daripada orang lain mengenai blog kerana anda mampu membinanya sendiri.
Kepada para blogger, jika terdapat sebarang ketidak fahaman di post yang saya sediakan anda boleh berikan komen pada ruang yang disediakan supaya saya dapat meningkatkan lagi kualiti post sedia ada untuk kebaikan para blogger sekalian.
Akhirulkalam, selamat bergembira dengan tutorial blog yang disediakan.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
Faiz Shafie

















Comments
No Comments
Leave a reply