Anda Mencari Jawatan Kosong Kerja Kerajaan 2011? Ada di sini..

Salam blogger dan salam 1 blogging,
Baru-baru ini ada salah seorang pembaca setia blog ini menghubungi saya..
Mesejnya lebih kurang macam ini lah dan saya telah mendapatkan kebenarannya untuk siarkan pada post kali ini.
Salam saudara Faiz,
Saya sedang mencari sedang kerja kosong kerja kerajaan tetapi tak dapat dan dalam pada masa yang sama saya berminat untuk belajar berblogging. Adakah berblogging boleh memberikan pulangan yang lumayan daripada kerja kerajaan? Saya ingat nak berblogging pula..
Terima kasih
Saya balas mesej beliau begini..
Wsalam,
Terima kasih kerana sudi menghubungi saya..
Sebenarnya berblogging juga boleh memberikan pendapatan tetapi ramai yang tidak tahan dengan cabaran apabila berblogging ini. Contonya, ramai yang gagal untuk mengekalkan motivasi untuk terus menulis di blog dan akibatnya blog mereka terkubur sahaja.
Untuk menjana pendapatan melalui blog memang boleh dilakukan dan memang ada blogger yang menjana ribuan ringgit dari blog sahaja. Contohnya, Rohaizad, Smartzul, Ridzuan Richie dan ramai lagi.
Sekiranya saudara ingin kerja kerajaan, teruskan mencari kerja kerajaan sehingga dapat. Fokus kepada perkara yang saudara buat sekarang dan sekiranya tercapai teruskan dengan matlamat seterusnya dan begitulah.
Ramai kurang faham mengenai berblogging ini. Ada juga mengatakan berblogging ini perniagaan internet. Hurmm..mungkin benar mungkin tidak. Hasil pendapatan blog saya adalah melalui iklan-iklan di dalam blog dan ia bukan perniagaan internet tetapi sekadar perkhidmatan.
Perkara ini berbeza pula sekiranya blog saya menjual pelbagai barang fizikal mahupun digital barulah boleh dipanggil perniagaan internet kerana hasil pendapatan saya adalah melalui produk-produk ini.
Apa-apa pun berikan 100% tumpuan kepada apa yang anda lakukan. Tidak kisahlah anda seorang yang mencari kerja kerajaan ataupun pendapatan di internet. Setiap usaha mesti ada ‘upahnya’. Apa yang membezakan kita adalah jumlah usaha dan fokus untuk berjaya.
Akhir kata, diri anda adalah kerja untuk anda. Maksud saya, apa yang anda lakukan sekarang adalah anda berkerja untuk diri sendiri, untuk tubuh badan anda. Tidak kira kerja apa pun (asalkan halal).
Sekian sahaja dari saya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Jangan lupa layari web di bawah sekiranya anda ingin dapatkan kerja kerajaan dengan mudah.
Other articles you might like;

















Comments (1)
ape krja yg bleh sya buat yea.. bleh bg tau tak.. sebb sya kurang fahm la..
[Reply]
Leave a reply