Apa Itu Android?

Salam blogger dan salam 1 blogging,
Apa yang saya perasaan, Malaysia diserang demam android pula. Sebelum ini ipad. Sebenarnya, apa itu android? Saya yakin ramai lagi yang masih blur mengenai android.
Mengikut wikipedia yang saya rujuk
Apa itu android?
Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).
Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.
Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muaturun percuma!!!
Sejarah versi sistem operasi Android bermula dengan versi 1.0 pada bulan September 2008. Diikuti 1.1 (9 February 2009),
1.5 – cupcake (30 April 2009),
1.6 – donut (15 September 2009),
2.1 – eclair (26 October 2009),
2.2 – froyo (20 May 2010),
2.3 – gingerbread (6 December 2010),
3.0 – Honeycomb (22 February 2011)
dan seterusnya yang bakal dikeluarkan adalah ice cream sandwich – kemungkinan pertengahan tahun 2011.
Pendek kata, android ni adalah operation system (OS), macam nokia pakai symbian, tapi android lagi best la! Jadi daripada menghabiskan duit untuk bergaya dengan iPhone, Blackberry etc, dapatkan sahaja android gadget semurah RM 500 keaatas (saya pun ada jual..contact saja saya) , dah boleh puas dengan aplikasi yang sangat banyak dan juga speed internet yang bagus. Hubungi saya untuk android paling murah!.
Other articles you might like;
- Dapatkan Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
- Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 12 Mei?
- Sukatan dan Contoh Soalan Exam JuruAudit Gred W41
- Juruaudit Gred W41
- Download Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1
Filed Under: Sembang Blogger
Tags: android murah, Apa Itu Android, harga android, kelebihan android, klon ipad
















Comments (1)
Samsung Galaxy Y lah murah. . .sekitar RM500 saja tapi dah cukup power !
[Reply]
Leave a reply