Apa itu Blog?

Salam bakal blogger,

Anda tertanya-tanya Apa itu blog? Ramai juga carian dari enjin carian yang menaip APA ITU BLOG dari Keyword Tool Mungkin anda salah seorang daripada mereka yang mencari apa itu blog

Secara mudah, blog (ringkasan daripada weblog) adalah jurnal online yang digunakan untuk melontarkan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara, dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Konsep blog adalah sama seperti buku diari harian. Contoh blog yang anda boleh gunakan secara percuma adalah blogspot dan juga wordpress

Eh kejap..apa pula maksud blogging dan blogger?

Apa itu blogger?

Blogger adalah pemilik atau penulis di blog tersebut

Apa itu blogging?

Blogging adalah aktiviti mengemaskini atau menguruskan blog

Sejarah blog

Ia bermula dari era tahun 1990 lagi dengan aplikasi-aplikasi tertentu
seperti board perbincangan (forum). Bermula daripada aplikasi tersebut, maka lahirlah aplikasi blog yang dikenali sebagai online jurnal atau online diary dalam sekitar tahun 1994-2001. Blogger dikenali sebagai jurnalist atau diarists.

Dalam tahun 2001-2004, blog banyak digunakan untuk penulisan
mengenai isu semasa terutama politik. Perubahan atau wujudnya perisian-perisian blog yang mudah digunapakai, menyebabkan ia diguna secara meluas untuk penyampaian sesuatu berita dan informasi.

Namun, daripada penggunaan yang lebih kepada peribadi dan isu
semasa, kini ia telah diadaptasikan untuk perniagaan, menjana pendapatan dan sebagai satu tools pemasaran yang berkesan. Secara mudahnya, blog adalah satu medium untuk membina kredibiliti, menunjukkan kepakaran penulis, tempat ‘mempromosi’ produk atau servis dan berinteraksi dengan pengguna atau pelawat.

Faiz harap dengan penerangan di atas ini anda memahami apa itu blog, apa itu blogger, apa itu blogging secara keseluruhan. Kenapa tidak mulakan sekarang?

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website


SEO Powered By SEOPressor