Apa itu Google Adsense?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya yakin dan percaya ramai yang telah mengetahui melalui program Google Adsense anda boleh menjana wang ratusan ringgit sehari malah beribu sehari dan kebanyakan pendapatan blogger dari program ini.

Apa itu Google Adsense?

Google AdSense adalah program periklanan oleh Google dengan kerjasama blogger atau webmaster blog. Melalui program periklanan Google AdSense, pemilik laman web atau blog yang telah mendaftar dan mendapat akaun Google Adsense ini dibenarkan memasang unit iklan dalam beberapa bentuk pengiklanan (Ada di terangkan dalam perenggan seterusnya)

Iklan yang terpapar pada blog atau laman web mereka berdasarkan kepada kandungan blog atau laman web mereka. Pemilik laman web atau blog akan mendapatkan bayaran dari Google untuk setiap iklan yang diklik oleh pengunjung blog dan laman web mereka yang dikenal sebagai sistem pay per click (PPC) atau bayar per klik.

Di bawah ini salah satu contoh blog yang memasang iklan Google Adsense klik di sini

Selain itu, para blogger dan webmaster bukan sahaja boleh memasang iklan-iklan dengan sistem bayar per klik (PPC) (iklan ini dinamakan sebagai AdSense for Content), Google AdSense juga menyediakan AdSense for Search, AdSense for Domains, dan AdSense for Feeds.

Pada AdSense for Search untuk, pemilik laman web atau blog dapat memasang kotak pencarian )Search box) Google di halaman web mereka. Pemilik laman web atau blog akan mendapatkan pembayaran dari Google apabila iklan yang dipaparkan dalam hasil carian melalui Search Box diklik oleh pengunjung.

Saya akan update dari masa ke semasa mengenai Google Adsense ini.

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website


SEO Powered By SEOPressor