Bagaimana Buat Duit Dengan Facebook?

buat duit dengan facebook

Salam blogger salam 1 blogging,

Kini, dengan perkembangan pesat social networking seperti Facebook, Twitter, dan Myspace terdapat usahawan internet/internet marketer mengambil peluang untuk buat duit dengan social networking ini. Pelbagai kaedah dan cara yang digunakan untuk buat duit dengan social networking ini.

Hari ini saya akan dedahkan cara bagaimana buat duit melalui Facebook. Saya abaikan Twitter dan Myspace walaupun hakikatnya Twitter dan Myspace juga mampu buat duit untuk anda. Mungkin boleh bercerita lain kali. Kenapa saya memilih Facebook untuk buat duit?

Sekarang ini Facebook merupakan satu laman sosial yang bukan saja paling popular di Malaysia malah kebanyakan negara di dunia berbanding Twitter dan Myspace. Jumlah pengguna aktif Facebook dari Malaysia kini telah mencecah 9 juta. Jadi ramai yang tertumpu pada Facebook. Saya ibaratkan Facebook sebuah pasar raya yang besar yang boleh menjual apa-apa sahaja kepada pelanggangnya secara PERCUMA.

Saya yakin anda sedar mengenai potensi Facebook untuk buat duit tetapi anda tidak tahu bagaimana buat duit dengan Facebook. Betul? Saya akan cuba kupas kepada anda dalam post ini.

Cara #1: Buat duit dengan Facebook melalui Facebook

Apa maksudnya? Buat duit dengan Facebook melalui Facebook bermaksud anda buat duit dengan apa yang Facebook ada. Ha? Tak faham? Alright..Macam ini. Anda boleh buat duit melalui Facebook hanya menggunakan satu aplikasi ringkas yang diberi nama Appsbank. Yang penting benda ni percuma.

Appsbank ini adalah satu platform untuk membuat aplikasi Facebook seperti kuiz-kuiz, permainan dan pelbagai lagi aplikasi dalam Facebook yang pernah anda guna seperti aplikasi seperti ini. Bagaimana nak buat duit melalui aplikasi Facebook ini? Saya tak mahu terangkan panjang lebar di sini. Anda boleh mendownload ebook percuma ini [buat duit dengan Facebook]

Cara #2: Buat duit melalui Facebook melalui produk orang lain

Cara ini ialah mempromosikan produk orang lain kepada rakan-rakan anda dengan menyertai affiliate. Tak tahu apa dia affiliate? OK, affiliate ialah Program affiliate bermaksud kita sebagai agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.

Anda boleh gunakan teknik percuma dan berbayar untuk mempromosikan produk ini. Percuma adalah melalui profile Facebook anda sendiri dan bebayar dengan menggunakan Pay Per Click (PPC) Facebook. Teknik marketing anda perlu POWER untuk mendapatkan jualan di Facebook. Saya akan kupas pada artikel lain.

Cara #3: Buat duit dengan Facebook melalui produk sendiri

Sekiranya anda mempunyai produk sendiri samaada produk digital mahupun fizikal. Anda boleh menjualnya di Facebook. Sekiranya anda pandai membuat kek coklat cuba pasarkan kek coklat anda di Facebook. Mana tahu ada kawan-kawan atau saudara-mara berminat untuk tempah dengan anda.

Cara #4: Buat duit dengan Facebook melalui cara anda sendiri

Saya seorang manusia biasa seperti anda dan sekiranya anda ada cara tersendiri untuk buat duit dengan Facebook dipersilakan dan mungkin boleh berkongsi dengan saya di ruangan komen di bawah. Buat duit dengan Facebook seperti pada perenggan pertama saya, terdapat pelbagai kaedah/cara untuk buat duit dengan Facebook ini. Bergantung dengan kreativiti anda. Siapa yang pandai ambil peluang maka dia yang untung.

Setakat ini sahaja kupasan saya untuk ada semoga berjaya buat duit dengan Facebook. Saya yakin anda juga mampu lakukannya. Selamat mencuba!

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website


SEO Powered By SEOPressor