Bagaimana cara download youtube

Salam blogger salam 1 blogging,

Adakah anda pernah mengalami masalah untuk mendownload video youtube? Di sini saya ada beberapa cara. Baca sampai habis walaupun artikel ini panjang.

Secara asasnya, video di Youtube berformat dalam bentuk .flv, salah satu format keluaran Flash yang boleh ditonton menggunakan FLV Player. Bagi membolehkan video ini ditonton selepas didownload, kita memerlukan FLV Player untuk memainkannya, atau melakukan pertukaran kepada format lain yang boleh dimainkan oleh Media Player.

Untuk mendownloadnya, ada beberapa cara yang mungkin boleh anda pilih. Faiz akan senaraikan semuanya dan anda pilih cara mana yang paling mudah untuk mendownload video Youtube ini.

Berikut adalah cara-cara yang boleh anda ikuti:

Download Video dari Komputer

1. Real Player Gold

Untuk mendownload Video Youtube secara terus melalui komputer (connection dengan internet perlu ada), anda memerlukan program Real Player Gold. Jika anda memiliki program tersebut di komputer anda, apa-apa video yang mempunyai format flash dalam laman web apa pun, cukup menggunakan klik kanan tetikus diatas video yang anda ingin download dan pilih “Download Video”

2. Easy YouTube Video Downloader

Jika Anda menggunakan browser Firefox, anda boleh install satu plugin Easy YouTube Video Downloader yang akan memudahkan anda apabila menlayari youtube atau apa-apa laman video. Anda hanya perlu klik kanan tetikus saja untuk mendownload.

Download Video dari Video Downloader

1. Downloader9

Laman web video downloader ini merupakan laman yang cukup mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu copy dan paste URL Video dari Youtube, Metacafe, DailyMotion, dll dan seterusnya mendownload videonya. Jangan lupa, anda juga perlu meletakkan extension name pada video yang di download .FLV ketika ingin mendownload video, supaya video tersebut boleh dimainkan pada FLV Player Anda.

2. KeepVid

Lebih kurang sama dengan laman web Downloader9. Laman web ini juga boleh membantu anda mendownload pelbagai video dari beberapa laman web video. KeepVid juga membantu anda menukarkan file berformat FLV atau MP4.

3. Vixy

Vixy juga lebih kurang sama seperti keepvid membantu anda mendownload video dan menukarkan ke format AVI, MOV, MP4, dan 3GP. Iklan juga banyak di laman web ini.

4. VideoGetting

Laman web ini percuma dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada anda untuk menukarkan format video lain kepada WMV, MP3, MP4, MOV, 3GP, AVI, MPG, dll. Walaupun mempunyai pelbagai fungsi yang memudahkan pekerjaan anda iklan-iklan pop-upnya cukup membuatkan anda tidak selesa.

5. VideoDownloadX

Laman ini juga bagus tetapi iklannya yang cukup banyak boleh memningkan kepala..adei!. Jangan pula kelam kabut sekiranya terklik iklan di sana ketika ingin download atau ingin melakukan rename terhadap video anda.

6. SaveTube

Ini merupakan laman web video downloader yang cukup simple. Hanya copy paste dan download. Siap!

Selamat mendownload video dari youtube. Enjoy!

cara download youtube

Comments (3)

Aliff Adha July 9th, 2010 at 10:27 PM    

salam bro…. good info here…. bley try… time kasih…. anyway, minta maaf bnyk2 psal yg post ttg index d google tu…. sory bro…. xde niat nk curi…. bereh x??

Faiz Shafie July 9th, 2010 at 11:08 PM    

xde hal la bro..ilmu baik disebar2kan.. :D

ray ban August 20th, 2010 at 4:30 PM    

wahh tips dan info yang menarik
harap2 lepas ni keep update more powerful tips =)

Leave a reply

Name *

Mail *

Website


SEO Powered By SEOPressor