Bagaimana meletakkan video youtube ke dalam blog

salam blogger dan salam 1 blogging,

Sejak akhir-akhir ini menjadi satu trend pula apabila ramai blogger meletakkan video dari youtube ke dalam blog selari dengan popularnya youtube. Selain daripada kelihatan lebih menarik video juga boleh membuatkan pengunjung lebih lama melayari blog kita. Pelbagai video musik kita boleh dapatkan secara percuma dari youtube untuk dikongsikan bersama dengan para pengunjung.

Tetapi bagaimana meletakkan video youtube ke dalam blog?

Menyelesaikan masalah ini, hari ini saya akan berkongsi bagaimana untuk memasukkan video youtube ke dalam blog.
Saya juga akan menunjukkan bagaimana untuk menjadikan video youtube tersebut di mainkan secara automatik tanpa perlu mengklik butang play pada video tersebut.

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah.

1) copy script HTML youtube video anda dan pastekan pada notepad. Delete kod yang di highlightkan seperti gambar dibawah.

meletakkan video youtube

Edit angka pada width dan height seperti dalam gambar dibawah mengikut kesesuaian.


Setelah selesai,copy script HTML itu dan paste pada posting ataupun bahagian column tepi.

Jika anda inginkan youtube video tersebut dimainkan secara autoplay,tambahkan autoplay=1 seperti yang di highlightkan pada gambar di bawah.

meletakkan video youtube

Perlu diingatkan juga dengan meletakkan video kedalam blog, blog anda akan menjadi lambat untuk di loading oleh pelayar pengunjung. Jadi jangan terlalu over sangat dengan meletakkan setiap post dengan video..

Selamat meletakkan video youtube ke dalam blog anda..




Other articles you might like;

Share

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website


SEO Powered By SEOPressor