Bagaimana Nak Atasi Penyakit Malas Menulis Blog?

menulis blog

Salam blogger salam 1 blogging,

Sejak akhir-akhir ini saya diserang penyakit malas nak menulis blog bukan disebabkan saya sibuk dan sebagainya tetapi MALAS. Huh! Saya rasa ramai diantara kita yang mengalami masalah yang sama. Penyakit malas menulis blog ini benar-benar tidak bagus sekiranya berterusan kerana akan mengakibatkan blog ini akan kekurangan artikel untuk menjadi tatapan pembaca yang saya sayangi. Lebih-lebih lagi, perkara ini akan menjadi pengunjung blog kita menjadi bosan (asyik artikel sama je kan..tiada sebarang update terbaru)

Oleh itu, saya telah menyelami kembali perasaan yang pernah saya alami ketika menjadi seorang newbie blogger.

Alhamdullilah, saya bernasib baik berjaya menemui ‘penawarnya’. Sebagai solusinya kepada semua, saya menulis artikel ini untuk berkongsi anda bagaimana nak mengatasi penyakit malas menulis blog ini. Cara terbaik untuk mengatasi masalah susah nak update blog ini adalah dengan mengenalpasti punca masalah yang rata-rata dialami oleh newbie blogger (saya pernah laluinya).

Semua ini terjadi kerana beberapa faktor yang biasa ;

1. Penulis blog baru tidak menulis secara konsisten.
Pada pertama kali, saya akui sendiri sebagai seorang newbie blogger akan kehilangan idea setelah beberapa minggu menulis blog & lebih parah mereka tidak tahu bagaimana mahu mencari sumber untuk menulis. Akhirnya blog mereka akan berkubur. Mulakan menulis blog secara konsisten hari ini.

2. Menulis blog kerana duit.
Ramai newbie blogger menulis blog apabila mereka mendengar ramai yang menjana duit melalui blog. Ya! Melalui blog memang boleh buat duit tetapi perkara ini sesuatu yang perlu dielakkan apabila seseorang newbie blogger yang mahu mula menulis blog. Mindset mereka lebih terarah kepada duit..duit..duit..Apa akan terjadi apabila mereka menulis 10 post diblog mereka dan menunggu duit datang. Oh! Mindset mereka salah. Tujuan menulis blog adalah untuk memandaikan anak bangsa atau menulis apa-apa mengenai aktiviti yang menarik untuk dikongsikan dengan para pembaca.

3. Tiada trafik.
Trafik atau pengunjung bukan sesuatu yang boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Perlu kesabaran dan passion yang tinggi. Saya pernah rasa bagaimana menulis dengan hanya 2 orang pembaca setiap hari selama 4 bulan berturut-turut sehingga saya rasa malas untuk menulis blog lagi. Cukup la dengan 30 artikel dalam blog ini. Tetapi perlu diingatkan blog yang bertrafik tinggi disebabkan mereka menulis artikel yang panjang dalam kuantiti yang banyak (dan bukan dari copy&paste dari blog lain)

4. Pengurusan masa yang tidak konsisten.
Blogger newbie mempunyai pelbagai latar belakang ada yang masih belajar dan bekerja. Saya faham ada yang tidak sempat untuk menulis blog masing-masing disebabkan kesuntukan masa. Oleh sebab itu, saya bercakap mengenai pengurusan masa. Baiklah, anda kenalpasti hari dan pukul berapa dalam setiap minggu anda mempunyai kelapangan. Kemudian, tanamkan semangat kerajinan untuk hari dan waktu tersebut untuk menulis sesuatu diblog anda walaupun perkara yang remeh-temeh secara konsisten. Lebih baik sedikit daripada tiada langsung.

Jika anda belum menulis blog anda dengan sebarang artikel baru pada minggu ini. Lakukan sekarang! Ingat, lakukan dengan konsisten dan tulislah apa-apa artikel. Ok, selamat menulis blog.




Other articles you might like;

Share

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website


SEO Powered By SEOPressor