Blogger Aktif Tapi Blog…

Salam blooger dan salam 1 blogging,
Ada beberapa perkara yang membuatkan saya ‘sakit hati’ melihat blogger aktif menggunakan blogspot ini. (maaf kasar sikit)
Anda agak-agak apa dia?
- Bagi komen SPAM?
- Tulis artikel mengarut?
- Guna bahasa SMS?
- Susunan dalam blog tidak teratur?
Semuanya BUKAN…
Sebenarnya apa yang saya rasa ‘sakit hati’ kerana blogger-blogger aktif yang menggunakan blogspot ini tidak memaksimumkan keuntungan dari blog tersebut.
Untuk memaksimumkan keuntungan blog, para blogger boleh meletakkan pelbagai ruang pengiklanan seperti bahagian kanan blog saya ini. (nampak tak banner yang berkelip-kelip ni)
Lebih-lebih lagi, blog-blog tersebut mencapai Page Rank (PR) 3 dan mempunyai pengunjung yang ramai. Apa yang saya kagum adalah mereka menggunakan platform percuma sahaja untuk berblogging. Ya! Blog percuma seperti blogspot pun boleh buat duit seperti yang saya sebutkan dalam post-post sebelum ini.
Sekiranya anda masih belum mempunyai blog. Saya sarankan anda bina blog anda dari sekarang. Bagi saya blog = mesin duit. Cara-cara buat blog ada dalam blog saya dan sekiranya perlukan bantuan, tinggalkan komen dan saya akan kembali mendapatkan anda.
Tetapi lain pula ceritanya di sini. Berdasarkan pendapat yang diutarakan kepada saya. Ada pendapat yang saya tertarik.

Apa yang saya faham dari pendapat dari Finix Ballard, blog bukan sahaja untuk buat duit tetapi untuk mencurahkan kreativiti masing-masing dalam berkarya. Hidup sebagai blogger bukan untuk buat duit dari blog semata-mata tetapi membantu orang lain dengan memberikan informasi dan maklumat untuk menyelesaikan masalah dengan orang lain.100% bersetuju dengan beliau.
Alright, mindset yang betul untuk menjadi blogger adalah untuk membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah dan buat duit adalah perkara kedua. Ini kerana, dengan mindset yang betul juga akan membantu kita konsisten dengan hasil penulisan kita diblog dan seterusnya memberikan pulangan kepada kita juga.
Akhirul kalam, ingat pepatah engslish ada berbunyi, What You Give, You Will Get Back. Jumpa lagi untuk post yang seterusnya.
Other articles you might like;
- Dapatkan Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
- Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 12 Mei?
- Sukatan dan Contoh Soalan Exam JuruAudit Gred W41
- Juruaudit Gred W41
- Download Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1
Filed Under: Sembang Blogger
Tags: cara bina blog, cara buat blog, cara buat blogspot, cara buat duit, cara membuat blog
















Comments
No Comments
Leave a reply