Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi untuk dilantik sebagai Penguasa Kastam, Gred WK1-1. Peperiksaan ini melibatkan bahagian I dan II. Bahagian I melibatkan empat kertas berasingan iaitu Seksyen A, Seksyen B, Seksyen C dan Seksyen D. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Manakala Bahagian II melibatkan satu kertas sahaja iaitu Penaksiran Psikologi. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga. Di bawah adalah contoh soalan peperiksaan penguasa kastam. Jom mulakan..
Panduan Umum Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam, Gred WK1-1
1. Pada hari peperiksaan calon hendaklah membawa
(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
(ii) Kad Pengenalan.
(iii) Pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
(iv) Peralatan lain yang difikir perlu.
2. Calon perlu berada di pusat peperiksaan tiga puluh minit sebelum peperiksaan dimulakan.
3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau sebarang pertanyaan.
5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh minit selepas peperiksaaan dimulakan.
6. Jawapan hendaklah dibuat dalam
(i) Kertas OMR – bagi Seksyen A dan B
(ii) Kertas tulis SPA – bagi Seksyen C dan D
7. Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.
9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.
Sukatan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam, Gred WK1-1
Ujian ini mengadungi dua (2) bahagian iaitu :
BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN
Bahagian I (Kecenderungan) dibahagikan kepada empat seksyen iaitu:
(i) Seksyen A – Pengetahuan Am
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
(iii) Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
(v) Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.
Contoh Soalan Pengetahuan Am
1. Berapakah cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengusaha makanan segera seperti restoran McDonald dan Kentucky Fried Chicken(KFC) ?
A. 5%
B. 6%
C. 8%
D. 10%
Jawapan : B
2. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai
A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.
Jawapan: D
3. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.
Jawapan: D
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan; (i) Kemahiran Logik Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan Kemahiran Logik
1. Apakah nilai X?
| 10 | 5 | 2 |
| 12 | 3 | 4 |
| 4 | 2 | X |
A. 2
B. 4
C. 6
D. 8
Jawapan: A
Teknik Menjawab
10 bahagi 5 = 2
12 bahagi 3 = 4
4 bahagi 2 = 2
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.
Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Contoh Soalan Kemahiran Menginterpretasi Data
Dia bagi graf atau table
1. Jumlah cukai yang harus dibayar bagi pendapatan bercukai berjumlah RM8, 500 ialah
A. RM815
B. RM820
C. RM825
D. RM850
Jawapan: C
2. Pendapatan bercukai tahun ini ialah RM20, 000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM23, 000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus dibayar bagi tahun hadapan?
A. RM200
B. RM300
C. RM900
D. RM1, 050
Jawapan:C
3. Jika anda membayar cukai RM240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?
A. RM3, 000
B. RM3, 500
C. RM4, 500
D. RM4, 750
Jawapan: B
(iii) Konsep-konsep Matematik dan Akaun
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk semua calon. Calon-calon siswazah jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).
Contoh Soalan Konsep-konsep Matematik dan Akaun
1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan : A
Teknik menjawab
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Hal ini bermakna terdapat 56 (8×7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
8×7/2 = 28
2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
Jawapan : A
Teknik Menjawab
90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang
SEKSYEN C – ESEI BAHASA MELAYU
Masa : 1 jam.
Bilangan Soalan : Tiga (3) soalan, pilih satu (1).
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.
Tujuan Seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
SEKSYEN D – ESEI BAHASA INGGERIS
Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : Tiga (3) soalan, pilih satu (1)
Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.
Tujuan Seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
BAHAGIAN II – PSIKOLOGI
(i) Psikologi – Penaksiran Personaliti
Panduan Menjawab Soalan
Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.
Soalan Objektif
(Soalan-soalan Seksyen A dan B)
(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.
(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1 jawapan sahaja. Jawapan yang diberi hendaklah betul dan merupakan jawapan yang paling tepat. Oleh itu, calon-calon hendaklah membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan.
(c) Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Sekiranya calon menggunakan alat tulis yang lain seperti pen, jawapan calon tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.
Soalan Esei
(Soalan-soalan Seksyen C dan D)
(a) Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu Seksyen C (Esei Bahasa Melayu) dan Seksyen D (Esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen, calon perlu memilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan.
(b) Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam bagi menjawab setiap esei. Bilangan perkataan bagi penulisan Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris adalah tidak dihadkan. Calon diberi masa masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta susunan perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menggunakan gaya bahasa yang bervariasi, di samping penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Calon-calon juga seharusnya dapat mengemukakan idea-idea dengan jelas dan matang serta disertakan contoh yang tepat dan sesuai. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk merancang, membuat rangka jawapan dan sebagainya sebelum menulis esei.
Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK1-1 adalah lebih baik. Ini adalah contoh soalan peperiksaan penguasa kastam. Harap anda dapat bayangkan bagaimana soalan peperiksaan penguasa kastam yang sebenar nanti.
“Selamat Maju Jaya” Bahagian Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia”
Dapatkan Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam
====>Klik Sini!<====
Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam
Other articles you might like;


















Comments
No Comments
Leave a reply