Download Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Download Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

download contoh soalan peperiksaan penguasa kastam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Peperiksaan Penguasa Kastam dijangka akan dia adakan pada 4 Febuari 2012. Sekiranya anda salah seorang calon peperiksaan penguasa kastam anda tentu tidak senang duduk sekarang. Ramai sebenarnya yang tidak senang duduk diam sekarang dan mencari contoh soalan peperiksaan penguasa kastam di internet. Betul tak?

Apa tujuan Peperiksaan Penguasa Kastam?

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi untuk dilantik sebagai Penguasa Kastam, Gred WK1-1.

Berapa jumlah seksyen Peperiksaan Penguasa Kastam?

Peperiksaan ini melibatkan bahagian I dan II. Bahagian I melibatkan empat kertas berasingan iaitu Seksyen A, Seksyen B, Seksyen C dan Seksyen D. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Manakala Bahagian II melibatkan satu kertas sahaja iaitu Penaksiran Psikologi. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

Apa tujuan kastam ditubuhkan?

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan”

Download Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Download contoh soalan peperiksaan penguasa kastam

Bagaimana pula dengan persediaan untuk peperiksaan Penguasa Kastam ini? Persediaan yang sama seperti peperiksaan bertulis yang lain dengan format yang tidak jauh bezanya. Ianya merangkumi;

  • Pengetahuan Am
  • Daya menyelesaikan masalah
  • Esei Bahasa Melayu
  • Esei Bahasa Inggeris

Download Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam

Ok, nampaknya anda sudah tak sabar-sabar lagi untuk download contoh soalan peperiksaan penguasa kastam ini. Jom download di bawah.

download contoh soalan peperiksaan penguasa kastam

 




Other articles you might like;

Share

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website


SEO Powered By SEOPressor