Exam Pegawai Antidadah S41

Pegawai Antidadah

pegawai antidadah

pegawai antidadah

Pegawai Antidadah S41

Seksyen A Exam Peperiksaan Pegawai Antidadah S41 – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan perkara berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan antidadah, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan, ekonomi, agama dan lain-lain perkembangan. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Masa : 40 minit

Soalan : 50

Seksyen B Exam Peperiksaan Pegawai Antidadah S41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut;

  1. Kebolehan Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

  1. Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

  1. Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asal-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). Walaupun ada antara calon mempunyai kelayakan dalam bidang matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada bentuk soalan logik.

Masa : 45 minit

Soalan : 40

Seksyen C Exam Peperiksaan Pegawai Antidadah S41 – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa : 1 jam

Soalan : Tiga (3) soalan, Pilih Satu (1)

Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa : 1 jam

Soalan : Tiga (3) soalan, Pilih Satu (1)

Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Rujukan Exam Peperiksaan Pegawai Antidadah S41

Pegawai Antidadah S41

Pegawai Antidadah




Other articles you might like;

Share

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website


SEO Powered By SEOPressor