Jom Belajar Forex. Apa Itu Forex?
Belajar Forex
Apa itu Forex?
FOREX (Foreign Exchange) merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang sesuatu negara terhadap mata wang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar wang utama di dunia selama 24 jam secara berkesinambungan (kecuali Sabtu & Ahad)
Forex yang juga dikenali dengan nama FX merupakan sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex adalah transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang yang didagangkan adalah di dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).
Antara matawang utama yang diniagakan dalam pasaran FOREX adalah:
- USD – (Dollar Amerika)
- GBP – (Pound Sterling)
- EUR – (Euro)
- JPY – (Yen Jepun)
- AUD – (Dollar Australia)
- CHF – (Swiss Franc)
Matawang Ringgit Malaysia tidak didagangkan secara bebas dalam Pasaran FOREX walaupun kita sudah mengapungkan nilai RM di pasaran. Ia bertujuan mengelakkan ketidakstabilan nilai RM akibat spekulasi pedagang FOREX.
Belajar Forex
Satu Transaksi Melibatkan “Jual DAN Beli”
Dalam FOREX, dua jenis matawang yang didagangkan dalam satu-satu masa. Secara teknikalnya ia disebut “Currencies Pair”. Contohnya ialah seperti GBP/USD atau (GU), USD/JPY atau (UJ), AUD/USD atau (AU) dan sebagainya. Matawang yang pertama dalam setiap pair dikenali sebagai Base Currency manakala yang kedua disebut Quote Currency.
Contoh:
Bagi pair GBP/USD = GBP adalah Base Currency manakala USD adalahQuote Currency.
Bagi pair USD/JPY = USD adalah Base Currency manakala JPY adalahQuote Currency.
Secara mudah, Base Currency adalah matawang yang lebih tinggi nilainya berbanding Quote Currency.
Pernah dengar Ringgit ditutup tinggi berbanding US Dollar? Apabila anda melihat chart Ringgit Malaysia berbanding US Dollar, ia disebut sebagai USDMYR. Iaitu US Dollar bersamaan berapa nilai Ringgit.
Dalam FOREX, apabila arah pasaran dijangka naik, kita biasanya akan membeli Pair (BUY/LONG). Jika pasaran dijangka jatuh, kita akan menjual Pair (SELL/SHORT).
Dalam situasi BUY, kita sebenarnya membeli Base Currency dan pada masa yang sama menjual Quote Currency kerana kita menjangkakan nilai base currency akan terus meningkat berbanding Quote Currency yang dijangka akan jatuh.
Dalam situasi SELL pula, kita sebenarnya Menjual Base Currency dan pada masa yang sama membeli Quote Currency kerana jangkaan yang nilai Base Currency akan terus merosot berbanding nilai Quote Currency yang dijangka meningkat.
Nasihat aku, jika anda betul-betul mahu belajar forex.. pertama sekali lupakan Kuasa Forex. Carilah guru dan menuntutlah dengan guru yang betul. Aku pun bukanlah pandai sangat, tapi sharing-sharing sedikit ilmu yang ada ni untuk kebaikan bersama.
Adakah forex ini haram?
Hampir semua newbie atau orang-orang yang tidak dalam trading tanya aku bab halal haram forex ni. Boleh sahaja rujuk panduan dan fatwa yang bertebaran di internet ni berkaitan hukum forex. Yang aku trade ni ialah spot trading, dan swap free akaun. Merujuk kepada Zaharuddin.net, spot trading tidak haram dan bukalah akaun yang tidak melibatkan riba (swap).
Belajar Forex
Bagi anda yang betul-betul ingin belajar forex, sekarang sudah ada pelbagai panduan yang ditulis oleh pakar untuk newbie forex. Ada panduan yang ditulis betul-betul berkualiti dan ada yang tidak berkualiti. Di sini saya cadangkan kepada anda yang ingin belajar forex sila dapatkan panduan belajar forex yang betul-betul membantu anda di sini.
Saya jamin anda akan berpuas hati dengan produk belajar forex ini dan mula membuat duit dari forex ini. Belajar forex dulu sebelum belajar trading ini kerana ilmu lebih penting sebelum tindakan. Tindakan tanpa ILMU adalah sesuatu yang kurang baik. Belajar forex
Other articles you might like;
- Dapatkan Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
- Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 12 Mei?
- Sukatan dan Contoh Soalan Exam JuruAudit Gred W41
- Juruaudit Gred W41
- Download Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1
Filed Under: Sembang Blogger
Tags: apa itu forex?, belajar forex, belajar forex trading, belajar main forex, belajar trading, cara belajar forex


















Comments (1)
Betul tu bro..forex ni kena learn betul betul,selain tu kena ada tool yang boleh support trading seperti template dan lain lain
[Reply]
Leave a reply