Kenapa Islam Membenarkan Poligami?

Poligami

Keharusan poligami dalam ISLAM adalah BERASAS iaitu:

-    Suami mempunyai keinginan daya nafsu syahwat yang luar biasa daripada orang lain sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

-    Keadaan isteri yang sentiasa sakit dan uzur.

-    Membela  kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suaminya gugur dalam peperangan jihad menegakkan Agama Allah.

-    Isteri tidak dapat melahirkan anak atas sebab kesihatan.

Keharusan Islam untuk berpoligami adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti yang dinyatakan diatas. Islam sangat mementingkan keutuhan dalam institusi kekeluargaan dan ianya bukan untuk mencetuskan perbalahan dan kemarahan.

Allah pencipta kita yang Maha Agung amat memahami fitrah kejadian setiap makhluk ciptaannya. Dengan berpandukan kitab suci dan As-Sunnah, maka kehidupan akan menjadi lengkap dan sempurna.

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” Ayat 2-3: Al-baqarah

Memang Allah jadikan lelaki itu sifat semulajadinya suka kepada lebih dari seorang isteri. Syariat Islam juga sesuai dengan fitrah ini dan lelaki dibenarkan berpoligami. Hikmahnya terlalu banyak. Rasulullah S.A.W bukan sahaja suka dan gembira malahan megah melihat umatnya ramai.

Tambahan pula, orang perempuan ada banyak masa uzur untuk “bersama”. Contohnya semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang haid sampai lima belas hari. Tetapi orang lelaki sentiasa bersedia atau sentiasa siap siaga.

Oleh itu, seorang isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya sepanjang masa. Isteri perlu bertolak ansur dan membenarkan suaminya mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya jenis yang “berkeinginan” tinggi.

Lelaki juga, sifat semula jadinya mudah jemu. Ibarat makanan, kalau setiap hari dihidangkan gulai kari, lama-lama dia akan hilang selera walaupun gulai kari itu sedap. Kalau gulai kari pedas itu digilirkan dan diselang seli dengan masak lemak cili api, kari atau gulai tempoyak, maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal sampai bila-bila. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk makan gulai kari semula.

Poligami ialah satu jalan untuk mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Belum hilang rindu pada seseorang isteri, sudah terpaksa ditinggalkan untuk giliran isteri yang lain. Dengan demikian, si suami sentiasa dalam keadaan merindui isteri-isterinya. Isteri-isterinya sama juga. Tidak sempat untuk jemu, tidak sempat untuk bosan. Jadi tidak ada ruang untuk pergaduhan dan bermasam-masam muka. Salah sedikit-sedikit mudah sahaja dimaafkan.

Bagi para isteri, sememangnya melayan suami agak meletihkan. Kalau suami ada di rumah, isteri terpaksa memberi tumpuan pada suami. Tidak banyak masa terluang untuk membuat perkara-perkara yang diminati atau yang boleh dijadikan hobi seperti menjahit , menanam dan sebagainya.

Tambahan pula, kalau suami sentiasa ada di rumah, lama-kelamaan layanan akan jadi hambar. Sampai satu ketika, masing-masing akan buat hal masing-masing. Tiada kemanisan dalam berumahtangga.

Dalam poligami, ada giliran. Kalau waktu giliran, isteri boleh memberi segala tumpuan untuk melayan suaminya kerana itulah masa untuk bersama. Semasa bukan gilirTerdapat banyak isu yang boleh disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami. Walaubagaimanapun, poligami pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah atau tomahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.

Kelebihan berpoligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial dalam kehidupan manusia boleh menjadi tunggang-langgang.

Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:

-    Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.

-    Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.

-    Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.

-    Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.

-    Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.

-    Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.

-    Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka  yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.

-    Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.

-    Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.

-    Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.

-    Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.

-    Menambah bilangan keturunan.

-    Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.

Sudah terang lagi bersuluh dengan keterangan di atas, dapatlah kita rungkaikan bahawa pologami yang diharuskan Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu seks bagi kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan ummah.

Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi buruk apabila orang yang sesat mengamalkan poligami. Poligami adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA adalah Maha mengetahui segala keperluan dan kehendak hambanya.

Allah tidak menghalalkan apa yang akan memudaratkan hambanya. Dalam poligami tiada buruknya. Cuma tanggungjawab yang perlu dipikul adalah berganda berbanding sebelumya. Tanggungjawab dalam melaksanakannya merupakan cabaran paling penting dalam berpoligami.

Hal poligami ini menjadi lebih parah dengan gembar gembur yang dimainkan oleh media dalam menyebarkan seolah-olah poligami itu salah dan tidak dibenarkan. Maka, poligami itu akan bertukat menjadi pengalaman pahit apabila:

-    Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.

-    Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.

-    Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.

-    Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.

-    Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga.

Poligami

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai niat untuk berpoligami, sila dalami terlebih dahulu ilmunya. Untuk itu, anda boleh dapatkan panduan lengkap poligami yang diberi nama ‘Rahsia Mudah Poligami’ di laman web berikut; http://www.rahsiapoligami.com/index.php?ref=getnowan, isteri boleh buat kerja-kerja lain yang dia suka. Maka fikiran dan aktiviti isteri boleh terbuka luas dan tidak jadi terkongkong dan jumud seperti isteri yang tidak bermadu.

Kalau semua masa diperlukan untuk melayan suami semata-mata, masyarakat akan rugi. Sukar bagi isteri yang tidak bermadu hendak berkecimpung dalam masyarakat kerana dia terpaksa melayan suami.

“Itulah Kehebatan Berpoligami yang diharuskan oleh Islam”

Adakah anda ingin rasai kehebatan poligami itu sendiri? Dalami ilmunya dan dapatkan panduan poligami iaitu ‘Rahsia Mudah Poligami’ di halaman http://www.rahsiapoligami.com

Poligami




Other articles you might like;

Share

Filed Under: Sembang Blogger

Comments

No Comments

Leave a reply


SEO Powered By SEOPressor