Kursus Membuat Blog Bersama Saya

kursus membuat blog

Salam bakal blogger,

Saya ada menawarkan beberapa kursus membuat blog secara online. Anda akan diguide menggunakan software TeamViewer dimana saya akan mengawal lap top anda dengan tujuan memberi tunjuk ajar secara LIVE supaya lebih berkesan.

Dalam kursus membuat blog ini

Saya akan menekankan perkara seperti di bawah

Tutorial 1: Bagaimana Memasang WordPress ke Dalam Server Menggunakan Fantastico

Dalam Tutorial ini, anda bakal ketahui bagaimana memasang (install) WordPress ke dalam server atau hosting anda dengan menggunakan Fantastico yang ada disediakan di dalam cPanel. Jika anda tidak tahu apa itu cPanel timak mengapa jangan takut dengan perkataan ini kerana ianya ada diterangkan sekali di dalam Tutorial ini.

Tutorial 2: Tutorial Menggunakan Dashboard dalam WordPress

Dalam Tutorial ini anda akan diajar bagaimana untuk menggunakan Dashboard dalam blog WordPress anda. Dashboard seumpama papan kawalan bagi WordPress anda. Oleh itu inilah antara perkara awal yang sangat penting untuk anda ketahui.

Tutorial 3: Tutorial Menghasilkan Post dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini anda akan mempelajari bagaimana untuk menghasilkan Post dalam blog WordPress yang anda miliki. Ini penting kerana tanpa proses ini maka blog anda tidak bermakna. Ini kunci kepada kejayaan blog anda.

Tutorial 4: Tutorial Mengedit Post dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini, anda akan diajar bagaimana untuk mengedit post yang telah anda hasilkan dalam blog WordPress dengan cara yang paling efisyen dan pantas.

Senarai post yang dipaparkan termasuklah yang telah anda publish, simpan sebagai draft, yang telah anda buang (trash) atau yang perlu disemak (review) oleh pengguna-pengguna blog yang lain.

Tutorial 5: Tutorial Menggunakan Tags dan Categories dalam Blog WordPress

Tutorial kelima adalah penutup kepada subjek menghasilkan post dan ia akan mengajar anda bagaimana menggunakan Tags dan Categories. Tags adalah sepatah keyword yang anda akan kaitkan dengan setiap satu post dalam blog anda. Jika anda ingin menambah atau mengedit tags yang dibuat, anda perlu klik Tags pada Dashboard bagi memastikan setiap post yang anda hantar adalah mesra SEO.

Tutorial 6: Tutorial Membuat Links dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini anda akan diajar bagaimana untuk membuat links dalam blog WordPress anda. Links atau seksyen links yang ada di dalam blog WordPress anda adalah apa-apa link yang membawa pembaca atau pelawat keluar dari blog anda ke blog atau laman web lain di luar blog tersebut.

Selalunya links yang diletak dalam blog WordPress adalah links kepada laman web atau blog yang digemari oleh pemilik blog, iaitu anda sendiri. Ia juga dikenali dengan nama Blogroll dalam komuniti WordPress.org.

Tutorial 7: Bagaimana Membuat Pages dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini anda akan diajar tentang bagaimana cara untuk membuat pages atau laman untuk blog WordPress anda. Pages sebenarnya lebih kurang sama dengan post tetapi ia lebih statik, mempunyai kandungan yang lebih konsisten dan tidak berubah. Walaupun ia bukan satu Blogroll, tetapi ia penting untuk diakses oleh pelawat blog anda dengan mudah.

Contoh-contoh pages yang boleh anda hasilkan untuk blog WordPress anda adalah “Tentang Saya”, “Terma & Syarat”, “Polisi Peribadi” dan “Hubungi Kami”. Kesemua yang disebutkan lebih sesuai dihasilkan dalam bentuk pages berbanding post kerana ianya tidak memerlukan perubahan setelah diterbitkan.

Tutorial 8: Bagaimana Memantau dan Mengedit dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini anda akan dapat tahu lebih lanjut tentang seksyen Comment di mana ia sebenarnya digunakan untuk anda membaca, membalas, mengedit atau mengubah komen-komen yang masuk ke dalam blog WordPress anda melalui entri-entri yang telah anda terbitkan.

Jika dilihat dalam seksyen tersebut, anda akan jumpa beberapa pilihan yang berlainan sama ada ianya telah diterbitkan dan boleh dibaca dalam blog anda atau ia memerlukan pengesahan dari anda sebelum ia diterbitkan.

Selain itu, jika blog WordPress anda sudah mula mendapat kunjungan pelawat yang ramai dan mempunyai reputasi yang baik di kalangan pembaca, satu perkara yang tak boleh dielak ialah mendapat komen-komen Spam.

Tutorial 9: Bagaimana Menguruskan Theme dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini, anda akan diajar bagaimana untuk menguruskan seksyen Themes dalam blog WordPress. Seksyen Theme adalah antara seksyen terpenting dalam WordPress kerana semua pemilik blog WordPress mahukan Theme yang unik dan menarik untuk membezakan blog mereka dengan blog-blog yang lain. Ia juga dilihat sebagai wakil kepada personifikasi diri mereka yang sebenar dalam blog tersebut.

Tutorial 10: Tutorial Mencari Theme dalam Blog WordPress

Pada Tutorial sebelum ini anda telah diajar bagaimana menguruskan Theme dalam seksyen Themes blog WordPress anda. Dalam Tutorial ini pula, anda akan diajar bagaimana untuk mencari dan mendapatkan Theme baru yang boleh mengikut citarasa sebenar blog anda.

Tutorial 11: Tutorial Menggunakan Widget dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini anda akan diajar dan diperkenalkan dengan salah satu fungsi terpenting dalam sesebuah blog WordPress iaitu Widget. Widget adalah sesuatu ciri yang ditambah oleh pemilik blog untuk memaparkan keunikan Theme dan blog mereka di Sidebar blog tersebut.

Sidebar adalah satu senarai menu yang terletak di bahagian tepi blog anda yang mengandungi maklumat yang boleh diakses secara terus dari mana-mana Page atau Post yang anda hasilkan.

Tutorial 12: Tutorial Menggunakan Editor dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini anda akan diterangkan mengenai sesuatu yang lebih teknikal atau lebih maju dan anda mungkin tidak akan menggunakannya walau sekalipun sepanjang anda memiliki blog WordPress. Namun begitu, ia adalah salah satu alat yang hebat disediakan oleh WordPress untuk penggunanya iaitu Editor.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua Themes dan Plugins dihasilkan oleh orang-orang yang berbeza. Dan WordPress pula memberi anda kebolehan untuk mengedit kedua-dua fungsi penting itu secara terus dalam blog WordPress anda.

Tutorial 13: Tutorial Menggunakan Plugins dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini, anda akan didedahkan dengan fungsi dan asas Plugins dalam blog WordPress. Secara jujurnya, jika Tutorial ini menceritakan panjang lebar tentang Plugins, 20 hingga 50 mukasurat pun tidak cukup untuk meliputi kesemua aspek yang membuat Plugins sangat berkuasa dalam WordPress.

Secara umumnya, Plugins akan membuatkan blog WordPress anda berfungsi mengikut apa yang anda mahukan seperti menukarkan fungsi blog kepada sebuah laman web e-commerce yang lengkap, videoblog, laman podcast, laman komik dan pelbagai laman web yang hebat hanya dengan menggunakan Plugins. Dengan adanya Plugins WordPress, imiginasi anda tidak akan terbatas kerana ia menjadikan kemampuan WordPress tidak terbatas.

Jadi, anda akan diterangkan bagaimana untuk menguruskan dan menggunakan Plugins dalam blog WordPress. Seksyennya hampir sama dengan pengurusan yang dibina untuk seksyen Themes dan ia akan memudahkan anda menangkap apa yang didedahkan kepada anda dalam Tutorial ini.

Tutorial 14: Tutorial Menggunakan Plugins dalam Blog WordPress

Satu lagi seksyen dalam blog WordPress yang akan anda pelajari adalah seksyen Tools. Anda tidak akan mempelajarinya serentak sekarang tetapi perkara-perkara yang lebih lanjut akan diselitkan kemudian untuk anda.

Namun, anda akan mengetahui satu perkara yang penting namun tidak akan anda gunakan dalam proses menghasilkan blog WordPress anda ini. Perkara pertama yang anda akan pelajari adalah cara “Import”. Jika anda berpindah dari satu software blogging ke satu software blogging yang berbeza contohnya Blogger, LiveJournal atau suatu blog yang hampir sama dengan WordPress, fungsi ini adalah satu alat yang akan memudahkan anda.

Tutorial 15: Tutorial Menggunakan Seksyen User dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ke 15 ini, anda akan mempelajari bagaimana menggunakan seksyen Users dalam blog WordPress anda. Secara umumnya, Users adalah sesiapa sahaja yang akan berhubung dengan blog anda, melebihi seorang tetamu di mana tetamu hanya boleh singgah dan baca blog anda tanpa memberikan sebarang sumbangan tetapi Users mempunyai kelebihan yang lebih dari tetamu.

Users boleh terdiri daripada pelbagai tahap seperti tahap subscriber (melanggan) yang boleh membaca dan meninggalkan komen

Tutorial 16: Tutorial Menggunakan Fungsi General Settings dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini anda akan mempelajari bagaimana untuk menggunakan fungsi General Settings dalam blog WordPress yang anda miliki. Untuk pengetahuan anda, ada banyak cabang yang anda akan pelajari dalam seksyen Settings dan General Settings merupakan bahagian pertama dari keseluruhan seksyen yang anda akan pelajari. Settings digunakan untuk mengubah sedikit demi sedikit blog WordPress untuk mendapatkan hasil yang sama dengan kemahuan anda.

General Settings adalah seksyen di mana maklumat tentang blog anda dan beberapa perkara lagi dipamerkan. Anda boleh menukar tajuk blog, tagline, URL blog, alamat email serta banyak lagi

Tutorial 17: Tutorial Menggunakan Fungsi Write Settings dalam Blog WordPress

Baiklah, dalam Tutorial ini anda akan mempelajari bagaimana menggunakan dan mengubah Write Settings dalam blog WordPress anda. Fungsi ini membolehkan anda mengubah tetapan asal (default settings) serta beberapa perubahan blog yang lebih maju atau advance.

Pertama sekali, anda akan diajar untuk menetapkan berapa saiz Post Box anda jadi setiap kali anda membuat Post atau Page baru dan anda mempunyai content atau artikel yang panjang tetapi tidak mahu memenuhkan ruang full screen komputer anda.

Tutorial 18: Tutorial Menggunakan Fungsi Reading Settings dalam Blog WordPress

Tutorial ini adalah sambungan kepada General dan Writing Settings yang telah anda pelajari dalam Tutorial-Tutorial yang lepas. Ada beberapa pilihan dalam seksyen tersebut dan bukan hanya untuk membaca blog serta menetapkan Feed Reading menggunakan RSS Feed dan Syndication

Tutorial 19: Tutorial Menggunakan Fungsi Reading Settings dalam Blog WordPress

Discussion Settings adalah seksyen khas untuk anda membuat perubahan terhadap tetapan pada komen-komen yang diberikan dalam blog WordPress anda. Anda tidak akan diajar semua fungsi dan pilihan yang ada di dalam seksyen ini kerana kesemuanya amat mudah difahami tetapi anda akan diajar tentang beberapa perkara yang anda perlu tahu sahaja.

Perkara pertama yang ingin disentuh adalah satu-satunya perkara yang selalunya tidak boleh dibiarkan tak bertanda atau tak di’tick’ semasa mula-mula blog WordPress dipasang iaitu Administrator sentiasa PERLU meluluskan komen

Tutorial 20: Tutorial Menggunakan Fungsi Permalink Settings dalam Blog WordPress

Baiklah, dalam Tutorial ini anda akan diajar bagaimana menggunakan fungsi Permalink Settings dalam blog WordPress anda. Seksyen ini adalah antara yang terpenting dalam blog WordPress anda kerana ia amat kerap digunakan tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk menggunakan fungsi penting ini. Secara umumnya, Permalink adalah satu fungsi yang menukarkan URL anda kepada URL yang lebih mesra Spiders/Crawlers untuk mencari keyword, serta mesra pembaca kepada pelawat anda untuk memudahkan mereka link kepada Post dan Page anda.

Tutorial 21: Tutorial Menggunakan Fungsi Privacy Settings dalam Blog WordPress

Dalam Tutorial ini anda akan mempelajari tentang Privacy Settings dalam blog WordPress anda. Seksyen Privacy Settings adalah seksyen paling mudah dan hanya memerlukan anda memberi jawapan Yes or No sahaja

Tutorial 22: Tutorial Menggunakan Fungsi Media dalam Blog WordPress

Seksyen Media ini adalah satu seksyen yang agak besar kerana ianya perlu diliputi dengan selengkapnya untuk tidak mengelirukan anda sebagai pengguna blog WordPress yang masih baru dan ingin belajar menggunakan blog ini dengan berkesan. Dalam seksyen ini, anda perlu tahu apa yang perlu anda lakukan, apa tetapan-tetapan yang disediakan dan bagaimana menggunakan Media dengan betul.

Secara asasnya, media adalah semua imej, gambar, video, audio dan semua yang tergolong dalam kumpulan multimedia. Tetapi, anda juga boleh memuatnaik .zip file, .pdf file, dan lain-lain serta memasukkan fail-fail tersebut ke dalam blog WordPress anda sama seperti imej, video dan audio yang digunakan dalam blog tersebut. namun begitu, tidak semua orang tahu kegunaan sebenarnya fungsi tersebut.

Secara amnya, Media Library anda akan kelihatan seperti seksyen-seksyen lain yang ada dalam blog WordPress anda.

Baiklah, sebarang pertanyaan mengenai kursus membuat blog ini menghubungi saya di sini. Isikan borang di sini dan saya akan membalasnya secepat mungkin. Jumpa anda.




Other articles you might like;

Share

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website


SEO Powered By SEOPressor