Pegawai Tadbir Diplomatik 16 Julai Ini? Ini Tips Exam PTD
Pegawai Tadbir Diplomatik 16 Julai Ini? Ini Tips Exam PTD
Nampaknya exam PTD Gred 41 pada hari Sabtu (16/7/2011) ini datang lagi. Mesti ada dikalangan pembaca blog ini yang akan menghadapi exam ptd ini. Baiklah, untuk memberikan sedikit motivasi kepada anda untuk menduduki exam PTD ini, saya berikan  tips dan panduan bagaimana menghadapi exam PTD ini daripada kawan saya. Beliau ini telah berjaya lulus dengan cemerlang  exam PTD ni, dan telah menjadi duta Malaysia di New York (2003) dan di Syria (sekarang) Berikut adalah beberapa tips yang saya dapatkan daripada beliau tentang bagaimana untuk berjaya dalam exam PTD (Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41) ini.

Pegawai Tadbir Diplomatik 16 Julai Ini? Ini Tips Exam PTD
* 1. Baca buku Malaysia Kita (Wajib)
Kalau siapa yang tiada buku  tu, kena la keluar modal sikit dan beli. Pergilah ke mana-mana kedai buku dan dapatkannya. Kemudian, pulun lah baca buku ‘Malaysia Kita’ tu. Kalau nak baca setiap muka surat, mungkin memang dah tak sempat kot. Sebab exam PTD hari Sabtu ni. Jadi, anda cuba belek mana-mana yang dirasakan penting, dan yang anda rasa anda memang betul-betul tak tahu. Bacalah selagi mampu dan cubalah ingat fakta-fakta penting.
 2. Ambil tahu isu semasa (isu nasional dan dasar-dasar kerajaan)
Ini penting. Cara paling mudah (bagi saya la) untuk dapatkan maklumat tentang isu semasa ialah tanya orang. Bertanyalah kepada kawan-kawan, sedara mara ker tentang isu-isu hangat masa kini. Minta pendapat mereka tentang isu yang diperkatakan. Tapi pastikan anda dapatkan fakta yang tepat dan relevan.
3. Datang awal ke tempat peperiksaan
Sila pastikan juga anda datang awal ke tempat peperiksaan. Ini penting juga. Kita tak mahu, disebabkan kita terlewat, kita jadi gelabah dan tergopoh gapah. Yang penting, kita kena tenang dan tak kalut semasa menduduki peperiksaan ini.
* 4. Isi maklumat diri pada kertas OMR dengan pantas
Biasanya sebelum exam dimulakan, akan ada ketua pengawas peperiksaan memberikan penerangan. Jangan hiraukan dia. Sebab apa yang diterangkan tu perkara-perkara biasa yang memang kita dah tahu. Gunakan masa dia berikan penerangan itu untuk mengisi maklumat diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR supaya anda ada masa lebih apabila exam dimulakan nanti.
* 5. Jawab dengan spontan dan jujur
Untuk soalan sahsiah diri dan minat. Anda akan tak cukup masa kalau fikir panjang. Jadi, anda kena jawab dengan pantas. Baca soalan, fahamkan dan terus jawab dengan jujur. Cuma kalau ada soalan yang menunjukkan anda seorang yang negatif, contohnya anda suka memotong barisan, suka mengumpat, suka mengambil kesempatan, tidak ikut peraturan dan sebagai nya. Janganlah jawab YA pula. Jawab YA hanya pada perkara yang positif. Â Lagi satu, pastikan jawapan anda menjawab dengan konsisten. Sebab ada sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang hipokrit! Jadi, berhati-hati lah yer. Â Kalau tanya saya, saya lebih suka menjawab dengan jujur.
* 6. Tips untuk exam matematik
Bagi soalan matematik, orang kata, biasaanya soalan di bahagian tengah adalah soalan-soalan yang susah. Tujuannya untuk melengahkan masa calon. Jadi, anda jangan membazirkan masa jika tak dapat jawab soalan di bahagian tengah. Jawab soalan yang mudah yang anda rasa boleh jawab dulu. Â Kalau rasa-rasa dah tak cukup masa sangat, tembak sajalah. Sebelum tembak, baca selawat sekali. Mudah-mudahan tembakan anda kena. huhu
* 7. Tips menjawab soalan esei
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris  Jangan ambil mudah untuk kertas esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini. Gunakanlah kebijaksanaan dan kematangan anda semasa menulis esei.  Menurut sumber yang boleh dipercayai, kertas penulisan essei Bahasa Melayu dan Inggeris merupakan yang paling penting. Dikatakan, sebahagian besar mata penilaian datang dari dua kertas ini terutama nya kertas penulisan essei Bahasa Inggeris.  Peperiksaan ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya.  Jadi, anda dinasihatkan untuk memperuntukkan masa sekitar 10 minit pertama untuk merancang, merangka (buat draft) dan mencatat isi utama sebelum mula menulis esei ini.  Esei yang panjang tak bererti ianya bagus dan berkualiti.Yang penting anda kena tulis sebaik mungkin. Cuba sampaikan point atau isi penulisan anda dengan bernas, teratur dan cara persembahan serta susunan yang baik. Susunan perenggan dan tulisan anda juga kena jaga.
Jangan sekali-kali tulis secara semborono. Main sedap jer. Tunjukkan kematangan dan kebijaksanaan anda.
P/s Tahun lepas ramai yang GAGAL ujian bertulis sebab tak cukup persediaan.
Anda jangan jadi seperti mereka..
Pegawai Tadbir Diplomatik 16 Julai Ini? Ini Tips Exam PTD

Other articles you might like;
- Dapatkan Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik
- Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 12 Mei?
- Sukatan dan Contoh Soalan Exam JuruAudit Gred W41
- Juruaudit Gred W41
- Download Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1
Filed Under: Sembang Blogger
Tags: cara untuk lulus exam ptd, contoh esei bahasa inggeris, contoh esei BM, contoh esei penulisan exam ptd, contoh jawapan soalan exam ptd, contoh soalan dan jawan exam ptd, contoh soalan exam ptd, contoh soalan matematik, exam PTD, exam ptd 2010, exam spa, exam spa gred 41, kerja kerajaan, malaysia kita, menteri kabinet, panduan menghadapi peperiksaan ptd, pegawai tadbir diplomatik, Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41, peperiksaan khas memasuki perkhidmatan awam gred 41 tahun 2010, peperiksaan PTD, perkhidmatan awam, sample soalan exam ptd, senarai kementerian, tips lulus exam ptd
















Comments
No Comments
Leave a reply